Suami idaman wanita Adalah Seorang Lelaki Yang Beriman,
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT,
Yang Jiwanya Penuh Dengan Penghayatan Terhadap Islam,
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,
Suami idaman wanita Adalah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebajikan Kerana Sifatnya Yang Penyayang,
Yang Setiakawan Serta Yang Mempunyai Ramai Kawan,
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang,
Suami idaman wanita Adalah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat,
Suami idaman wanita Adalah Yang Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya,
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran,
Yang Mencontohi Sifat Rasulullah SAW,
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya,
Suami idaman wanita Adalah Yang Tidak Pernah Membazirkan Masa,
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir,
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan,
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan,
Suami idaman wanita Adalah Yang Sentiasa Mengingati Mati,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga,
Agar Berputik Tunas Yang Bakal Menjadi Baka Yang Baik,
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,
Suami idaman wanita Adalah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia,
Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Idamannya,
Dan Dia Ingin Membawa Isteri Dan Anak-anaknya Bersama,
Menikmati Kehidupan Bahagia Yang Kekal Abadi,
Bersama Redha Maha Esa.
Itulah Lelaki Acuan Al-Qur'an,
Bersama Wanita Acuan Al-Quran,
Serta Dialah suami Idaman Wanita Hari Ini Dan Selamanya
~zahaLURVEziey~ |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
<orang suka komen>