take a break
Awas!!Jangan guna minyak masak lebih dari sekali
Semalam my hubby baru je beli minyak masak. Hari ni aku terbaca berita mengenai bahaya penggunaan minyak masak lebih dari sekali. Sebenarnya umum dah tahu bahawa minyak yang berlebihan tak baik untuk kesihatan tp juz reminder for myself n for u guys, aku nekad nk masak pakai minyak "sekali pakai sekali buang" even orang cakap membazir amalan syaitan tetapi kesihatan harus diutamakan(",)
PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali."Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star.
Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram."Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.
Sumber: Mstar Online
Fakta menarik tentang lipas
Semalam masa tengah mandi aku terpandang seekor lipas ni tengah merayap2 kat celah2 lubang pintu kayu yang dah reput. Lalu aku terfikir fakta2 tentang lipas yang mungkin kita semua tak tau. Aku tengok lipas tu menyelinap masuk ke dalam lubang tu dgn mudah sekali, walhal lubang tu tidak sebesar mana, and now baru aku tau lipas sebenarnya boleh mengecilkan badannya untuk masuk ke lubang2 dan ceruk2 yang kite xpernah tepikir pon yg die akan masuk! Kalau korang nk tau sila baca fakta dibawah ni (fakta atau auta??)hehe:-
- Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
- Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
- Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
- Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
- Lipas mempunyai darah berwarna putih
- Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
- Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
- Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
- Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
- Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
- Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
- Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
- Lipas ada gigi di dalam perutnya
- Lipas yang dilumatkan boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
- Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
- Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
- Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
- Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
- Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
- Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha
Selamat membaca>>>>xoxo<<<
Langgan:
Catatan (Atom)