take a break

Memaparkan catatan dengan label Ceritera Dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ceritera Dunia. Papar semua catatan

KERIKIL & SUTERA

Halanglah lintasan hati untuk menipu, kerana jika terlaksana lintasan itu ia akan bertukar menjadi halilintar yang menyambar hati orang lain! Halilintar yang menyambar membakar hati yang ditipu.

Wajah menjadi muram, gerak badan menjadi lemah akibat disambar halilintar itu. Segalanya menjadi suram. Kegelapan menyelebungi hati, zulmat membungkam jiwa.

Jika terkena pada hati yang ibarat batu kerikil masih dapat dipertimbangkan, namun bagaimana jika terkena pada hati selembut sutera. Sutera tidak boleh dibasuh sesuka hati kerana ia sensitif. Sutera itu mahal harganya kerana cara penjagaannya perlu rapi. Perlu kepekaan tanpa kelalaian.

Batu kerikil keras teramat. Jika ditumbuk tidak dapat tidak akan merasa kepedihannya. Berhati-hatilah apabila berhadapan dengan perwatakan yang belum dikenali, kerana kita masih belum tahu apa didalamnya.

KERIKIL ATAU SUTERA?

Bertenanglah wahai pemilik sutera! Kerana orang yang bicara denganmu itu tidak tahu bagaimana keadaan hati kamu. Bertindaklah bersama Allah S.W.T. Bawalah Allah S.W.T ke dalam hati kamu. Jika Dia dapat mengampunkan dosa hambanya, siapalah kita sehinnga terlalu ego tidak mahu memaafkan orang yang menyakitkan kita?

Jika kita ikhlas memberi mengapa kita takut untuk menerima. Terimalah apa sahaja yang diberi kembali kerana itulah yang selayaknya untuk kita. Kaji semula hati kita, semasa kita memberi adakah dalam hati kita ada 'tarik tali'. Adakah wujud dalam hati kita rasa ragu-ragu terhadap takdir dan ketentuan Allah S.W.T?

Jika ada rasa sebegitu, ubahlah! Mungkin hati kita perlu ditarbiyyah. Noda hitam yang bertompok masih lagi berbekas. Bersihkanlah dengan zikir dan fikir. Zikirlah dari dalam bukan sekadar bicara bibir. Fikir dan lakukanlah, bukan sekadar fikir dan jadikan pekasam.

"Jadilah seperti pohon yang berbuah, dibaling kayu dibalas dengan buah yang dapat dimakan enak."

Beruntunglah wahai si kerikil. Engkau kebal akan tohmahan dan tumbukan yang diterima. Namun ingatkah engkau akan air yang menitis di atas batu akan meninggalkan bekas?

Engkau masih ada perasaan, engkau masih ada jiwa. Jika terlalu lama engkau menerima tumbukan, ia akan berbekas! Sirnakanlah bekas itu dengan redha. Allah S.W.T telah menetapkan itu terbaik buat kamu. Indahkanlah diri kamu dengan sabar kerana sabar itu indah.

Jika sabar menghiasi diri, keindahan diwajah anda akan terserlah. Allah S.W.T bersama kamu wahai penyabar. Namun, ingatlah! Jangan sampai sabar itu memakan diri kamu apabila kamu bersabar dengan kemungkaran.

Seorang suami akan dianggap dayus dan pengecut jika dia melihat isterinya bermesra dengan lelaki lain tanpa perasaan. Sabar memerlukan tindakan. Bertindaklah mengikut keadaan. Tindakan mestilah rasional dan bersesuian. Jika emosi menjadi raja, sabar tidak bermakna.

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Kesabaran merupakan dhiya' (cahaya yang amat terang)." (HR Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Sabarlah dalam bersabar nescaya tidak akan timbul persoalan "sampai bila aku perlu bertahan?".

Mujahadah dalam bersabar. Bukan mudah tetapi tidak mustahil.

>>>>Copyright by Muhammad Mujahid bin Mohamad Sulaiman thanks a lot<<<<<

Hibiscus I like!!! : Bunga Kebangsaan

~Bangga xbangga bunga raya dah diiktiraf
JUBLI EMAS~
~Bunga.Raya.Bunga.Kebangsaan.
seluruh.rakyat.Malaysia~


Hari ni saya berbesar hati dan berbangga menjadi rakyat malaysia.Sebab ape..sebab Malaysia sangat kaya dengan hasil2 sejarah.Hari ni saya nk post entry berkait dengan gambar diatas tue.Seperti yang diwar2kan, seharusnya kite perlu mengenengahkan identiti bangsa dan budaya kite.Kalau bukan kite rakyat malaysia sendiri siapa lagi.Betul tak??Hari nie saya nk share ngan readers sume pasal Bunga Raya.Pasti umum dah taukan??Tapi ape yang pasti tak salah rasanya kalau saya sharekan kt entry kali ni. Oklah let we talk about HIBISCUS or BUNGA RAYA now....

Bunga Raya merupakan lambang kegemilangan Malaysia sebagai bunga kebangsaan
Bunga Raya dalam bahasa inggerisnya dikenali dengan nama hibiscus. Ia dipilih sebagai bunga kebangsaan oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman, pada 28 July 1960.

Simboliknya, warna merah pada Bunga Raya melambangkan semangat perpaduan, dan setiap satu dari lima kelopak melambangkan lima prinsip
Rukunegara Malaysia iaitu

•Kepercayaan kepada Tuhan (Belief in God)
•Kesetiaan kepada Raja dan Negara (Loyalty to King and Country)
•Keluhuran Perlembagaan (Supremacy of the Constitution)
•Kedaulatan Undang-undang (Rule of Law)
•Kesopanan dan Kesusilaan (Mutual Respect and Morality)

Pada tahun ini iaitu 2010, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan rasminya telah melancarkan sambutan ke-50 tahun ulangtahun Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan.Turut hadir sempena dengan sambutan ulangtahun tersebut ialah Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.Dalam ucapan pertamanya Datuk Seri Utama Dr Rais berkata sempena 50 tahun sebagai Bunga Kebangsaan beliau mencadangkan untuk mendidik generasi muda agar lebih mengenali Bunga Raya sebagai lambang kemegahan negara.
Beliau juga berharap dapat memberi kesedaran kepada sesetengah kelompok untuk bersama2 menghargai kedudukan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan.



Kat bawah nie saya sertakan video dari sumber FNM untuk tatapan kite bersama. Harap kite same2 menghayati dan mengamalkan prinsip rukunegara untuk panduan
 kite bersama.(",)



Rasa Malu Yang Hilang Akan Membinasakan

Lately aku suke share post2 yg berkisarkan keinsafan..
Ntah kenapa rase macam redup je baca kisah2 cam nie..
Petang nie tgh xder ape nk wat aku nk kongsi lagi satu post nie..
Nie aku korek kat "KATA-KATA HIKMAH" melalui fesbuk..
Ssape rase nk baca kesah2 yg bnyk teladan nie
lehla add kt link nih http://kata2hikmah0fa.wordpress.com


Jom kite baca sama2 (",)

Sahabat Hikmah...

Malu itu sebahagian dari iman.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. : Nabi Saw. Pernah bersabda ; “Iman meliputi lebih dari enam puluh cabang atau bahagian. Dan 
Al haya’ (rasa malu) adalah sebuah cabang dari iman.” (HR. Bukhari)

Rasa malu itu keberkatan.
Dengan rasa malu kita terhalang dari dosa.
Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshari Al Badri ra. berkata, Rasulullah saw telah bersabda, “Sesungguhnya sebahagian yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, maka berbuatlah sesuka hatimu.”  (HR. Bukhari)

Kebinasaan seseorang dimulai dari hilangnya rasa MALU...
Bila sudah tidak ada rasa malu, maka dia menjadi manusia bebas.
Bebas tanpa aturan, dan bebas berbuat sesuai hawa nafsu.
Tuhannya hanyalah nafsunya.
Sehingga hidupnya bergelumang dosa.

 “Sesungguhnya Allah jika menghendaki memBINASAkan seorang hamba,
maka Dia menCABUT dari orang itu rasa MALU.

Jika telah tercabut darinya rasa malu,
engkau tidak menjumpai orang itu kecuali berGELUMANG DOSA.

Jika engkau tidak menjumpai kecuali bergelumang dosa,
dicabut (pula) dari dirinya AMANAH.

Jika telah dicabut darinya amanah,
engkau tidak menjumpainya kecuali sebagai orang yang berKHIANAT dan diKHIANATi.

Jika engkau tidak menjumpainya kecuali dalam keadaan berkhianat dan dikhianati,
maka dicabut darinya RAHMAT (Allah).

Jika telah dicabut darinya rahmat (Allah),
engkau tidak menjumpainya kecuali dalam keadaan terKUTUK dan terLAKNAT.

Jika engkau tidak menjumpainya kecuali dalam keadaan terkutuk dan terlaknat,
maka diCABUT darinya IKATAN dengan ISLAM”.

(HR. Ibnu Majah)

"Jika Allah hendak menghancurkan suatu kaum (negeri), maka terlebih dahulu dilepaskannya rasa malu dari kaum itu." (HR. Bukhari - Muslim)

Tetapi rasa malu yang dimaksud adalah menurut para sahabat Rasul, yang malu untuk berbuat dosa dan bukan ukuran manusia jahil yang malu untuk berbuat kebaikan, seperti malu ke masjid, malu ke pengajian dsb.

Seorang sahabat Rasulullah bertanya tentang kebajikan dan dosa, dan dijawab :
Kebajikan itu ialah akhlak yang baik dan dosa itu ialah sesuatu yang merisaukan dirimu dan kamu tidak senang bila diketahui orang lain.” (HR. Muslim)

Jadi bila kita malu berbuat kebaikan dan tidak malu berbuat dosa...
Jangan-jangan kita adalah ummat yang akan binasa.
Na'udzubillahi min dzaalik

Wallahu a’lam bi showab

KEMBAR SIAM DAN ANAK ARTIS ANTARA YG CEMERLANG

KEMBAR SIAM DAN ANAK ARTIS ANTARA YG CEMERLANG
Sebelom tu aku nk wish congrats kpd sume student yg menduduki UPSR baru2 nie...
Kementerian pelajaran telah mengumumkan tahun nie pencapaian UPSR
amat membanggakan dan meningkat dari tahun yang sebelomnya...
tahniah wat adik2 yg telah berjaya..
tapi sayangnye aku xder adik...
sebab tue family sumer panggil aku adeq!!huhu...
mesti bestkan ade adik...??
Mcm nk je rase ade adik...tp apekan daya...
semua dah tertulis...
cerite malam nie bukan aku nk cerite pasal adik..
tp aku nk cite pasal anak si pelakon nie...
dapat keputusan UPSR cemerlang...
ayah mane xbanggakn??
ibu mane tak gembirakan??
anak dh berjaya...
termasuk sepasang kembar siam nie..
~Niela die Adam Iman B. Syukri(Hattan)
dpt kepurusan cemerlang UPSR
pic nie amik kt laman forum~

~termasuk yg nie..
kembar siam
Ahmad & Mohammad~
~dan ini penggerak warisan bangsa
antara yg cemerlang UPSR 2010~
~Ayu Nazirah anak Nurul
pon cemerlang
pic nie pon aku maen amek jer~
P/S : ape yg pasti mereka2 nie adalah penggerak warisan bangsa dan negara kite kelak
         tidak mengira pangkat atau keturunan...

My Blog List

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

take a break