take a break

Memaparkan catatan dengan label KeagunganNYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KeagunganNYA. Papar semua catatan

Angkara sikap manusia, kita yang teraniaya!

Pernahkah anda alami situasi dimana ada seseorang yang ingin menjatuhkan anda!! Senang cerita tak puas hati dengan hasil kerja anda!Seriously memang DOWNkan kalau diri macam tak dihargai?? Apa yang kita buat semua tak kena pada pandangan mata dia even dia tak tengok sendiri dengan mata kepala dia sendiri.! Susahkan nak jadi yang terbaik! EVEN kita dah buat sehabis baik dia masih lagi tak nampak kebaikan yang kita buat walhal dalam semua perkara.

Actually, orang yang jenis macam ni memang tak reti bahasa kot!! tak tahu nak menilai mana baik dan yang mana buruk. Yang dia tahu hanya nak dia je yang menang dalam semua hal. Mungkin dia fikir yang dia memang bagus dan terbaekk!! TerBAEKlah sangatkan!!Kalau dia tu big boss ke, CEO ke, COO ke apa tak heranla kan.

Persoalannya disini salah siapa? Mengapa situasi ini terjadi? Adakah salah komunikasi atau omputeh cakap "miss communication"??. Komunikasi yang tidak bagus bermaksud orang itu tidak bergaul dengan orang lain. Sejauh manakah orang itu tidak bergaul dengan orang lain? Patutkah orang lain melabelkan seseorang itu sesuka hati dia?? Tak patutkan?? Semua orang harus diberi peluang. Semua orang ada hak tersendiri. berhak bersuara untuk menegakkan keadilan.

Dalam hal ini, kita tidak perlu menyalahkan orang lain melainkan orang itu benar-benar salah. Tidak perlu memandang hina atau memandang rendah terhadap orang lain apabila kita berada di atas. Cuba fikirkan apa perasaan anda kalau anda berada situasi yang sama? Sudah tentu anda merasakan yang anda tidak berguna lagi, sedih, terluka, kecil hati dan sebagainya. Fikir2kan.

Tetapi kita sebagai manusia, seorang islam seharusnya mesti selalu muhasabah diri kita sendiri. Mengapa semua ini terjadi dalam kehidupan. Selalu menginsafi kekurangan diri. Ini kerana setiap apa yang kita lalui merupakan ujian daripadaNYA.

"Renung-renungkan Dan Selamat Beramal"

Al-Fatihah



Al-Fatihah.
Tiada kata lain 
"semoga arwah ibuku tenang di alam sana semoga beliau di tempatkan 
bersama golongan orang-orang yg beriman....
AMIN"
Hari Khamis lepas 05 Januari 2012 
bersamaan 11 Safar 1433 Hijrah, 
genap 3 tahun ibuku kembali ke Rahmatullah.
Terus terang dan jujur aku katakan hati ini masih lagi terasa seperti baru lagi...
Terasa seperti masih ada lagi..
patutlah dua-tiga hari ni mood aku selalu berubah-ubah!
Moody!!
Rindu
Rindu belaian seorang ibu 
yang pernah melahirkan aku ke dunia ini.
Tanpa dia siapa aku??
Tiada siapa tahu
melainkan DIA
Hanya Tuhan saja yang tau
betapa rindunya aku
Bisikan doaku
dalam butiran tasbih yang mampuku
zikirkan dan
sedekahkan
untukku ubati dikala aku kerinduan
Ya Allah Kuatkan lah semangatku 
untuk menempuh dugaan dan ujian dariMU dengan tenang dan sabar.
Aku tau
aku perlu redha
terima suratan takdir
yang
pergi pasti takkan kembali
yang
hidup pasti akan mati!

AJAIBNYA TANGAN SEORANG IBU

Ketika kita lapar...
Tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...
Tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...
Tangan ibu yang mengesat airmata,
Ketika kita gembira,
Tangan ibu yang menadah Syukur, 
memeluk kita erat dengan deraian airmata bahagia,
Ketika kita mengantuk...
Tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...
Tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,
membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah...
Tangan ibu yang membelai duka sambil berkata;
sabar nak..sabar ye sayang...
Namun,
Ketika ibu sudah tua dan kelaparan,
Tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar,
Ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan airmata,
Ketika ibu sakit,
Di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu??
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
Di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir??
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu...
Sebelum ibumu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan Anda

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum...

Pagi yang indah hari ni, buka FB terbaca satu artikel ni agak menarik. Tergerak hati nk post entry untuk hari ni..  Dua tiga hari ni rajin lak mengupdate entry. kalau tak sampai berhabuk dah bersarang baru nak update!huhu... Okla berbalik kepada title hari ni "Ujian Mengesan Jin Dalam Badan Anda". Pernah tak korang rasa diri korang ni lemah, lemau, malas, mimpi seram yang menakutkan, gelisah, xlena nak tido dan sebagainya. Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu jin!

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal dalam badan kita?? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini?? Mari sama-sama kita mencuba...

Langkah 1
PLAY RUQYAH SYARIAH dibawah ini dan dengar sehingga tamat selama (20 min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.


Langkah 2
Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dalam hati.


Langkah 3
Perhatikan setelah selesai, jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN!!



Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Dibawah  ini adalah sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka??


ANTARA SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN :-

  • Sakit kepala selepas waktu asar ke atas
  • Badan terasa berat dan malas
  • Sukar mendapat jodoh
  • Badan terasa bisa-bisa
  • Sakit ketika ziarah orang meninggal
  • Sukar tidur malam
  • Sakit pinggang tanpa sebab
  • Sakit dada bila waktu asar ke atas
  • Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya
  • Bermimpi bayi atau menyusukan bayi
  • Bermimpi di tempat tinggi
  • Bermimpi di tempat yang kotor
  • Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar
  • Ada terasa benda bergerak dibawah kulit
  • Bayi kerap menangis
  • Bunyi guli jatuh diatas syiling
  • Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil
  • Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
  • Malas beribadat
  • Nyanyuk ketika usia lanjut
  • Panas baran
  • Sikap berubah secara mendadak
  • Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran
  • Suka melakukan tabiat buruk
  • Kerap sendawa bila mendengar al-quran
  • Kerap keguguran
  • Gagal melakukan hubungan kelamin
  • Mengantuk bila dengar al-quran
  • Bermimpi seram yang menakutkan
  • Darah haid turun lebih 15 hari
  • Batuk yang berpanjangan
  • Selalu ditindih ketika tidur
  • Kuat berangan
  • Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan
  • Nafsu seksual yang melampau
  • Selalu melihat kelibat dirumah
  • Terasa diri selalu diperhatikan
  • Mandul
  • Kerap mendengar sesuatu bisikan
  • Melihat jin secara terus
  • Sakit mental atau gila
Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi dan petang selama sebulan, Insya-Allah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.


>>Kredit: http://zakizakirin.wordpress.com<<

Gerhana Bulan indahnya ciptaan Tuhan


Hari ni 10 Disember 2011 bersamaan 14 Muharram 1433 Hijrah dalam bulan Islam telah berlakunya  fenomena gerhana bulan. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan yg Maha Esa tp sayangnya xdpt nk tengok..anakku tido,hubby lak keje..kalau tak, lepas maghrib mesti terpacak kt luar rumah...ngeee..(",) sebelum ni pun tak pernah tengok. Kalau tak silap bulan Jun aritu pun dh berlaku fenomena gerhana bulan ni..thanks a lot credit to Surhaya Cugee coz upload gambar gerhana bulan kt FB profile die...Sory Sue ciplak masuk belog!

Siapa dia Rara Zikry & Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri

~Sekali pandang muka arwah mcm pelakon Intan Ladyana")~


Siapa dia Rara Zikry?? Tentu ramai yang tidak mengenali dia termasuklah saya. Walaupun ramai yang tidak mengenalinya tp ramai yang mendoakan kesihatannya kembali seperti sediakala selepas derita penyakitnya disiarkan di laman media cetak dan elektronik, ramai yang bersimpati akan nasib yang menimpa dirinya..Ucapan takziah wat family Rara Zikri @ Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga roh beliau ditempatkan dengan golongan orang2 yang beriman. Terpanggil untuk menulis artikel mengenai Rara Zikry, manis orangnya, cantik dan sempurna orangnya. Masih muda remaja dan berkelulusan tinggi tp kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Yang hidup pasti menemui ajalnya. Apa yang pasti mati itu pasti. Derita yang ditanggung sudah berakhir, ternyata Tuhan lebih menyayanginya. Penderitaan dia mengidap penyakit Hypoxic Ischaemic Encephalopath iaitu sejenis penyakit dimana berlakunya kecederaan otak yang disebabkan oleh kekurangan oksigen effect daripada sesak nafas. Kalau sesiapa yang nak tau cerita dengan lebih lanjut sila baca ni. Inipon saya google2 kat tenet memandangkan media cetak & elektronik duk panas sebarkan berita mengenai Rara Zikry. Harap kita semua berdoa agar dia tenang di alam sana. Ikuti kisah Rara Zikry ni jadikan pedoman buat kita yang masih hidup. Berikan kekuataan untuk family dia supaya tabah dan redha dengan pemergian insan tersayang. Artikel dibawah adalah sedikit sebanyak yang saya dpt dari sumber yang boleh dipercayai :

"On 19th of March 2010, Zarith Nadhira went into coma for 2 months due to a mild asthma. Initially she was admitted at Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam, subsequently referred to Subang Jaya Medical Centre, was admitted in ICU. Alhamdulillah she woke up from coma but was unable to speak or communicate with her parents, relatives & friends. She needs to be fed through a tube at her lower abdomen."

"Al-Fatihah contribute to Rara Zikry's famiy"

Perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya....

Adalah dikisahkan...pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata
Bayi itu bertanya kepada Tuhan :"Para malaikat disini mengatakan bahawa besok, Engkau akan mengirimkan aku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? saya begitu kecil dan lemah."
Tuhan menjawab :"Aku telah memilih satu malaikat untukmu, Dia akan menjaga dan mengasihimu sepenuh hatinya."
Bayi bertanya lagi :"Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
Tuhan menjawab :"Malaikatmu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia disana."
Bayi bertanya lagi :"Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang2 bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?"
Tuhan menjawab :"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata."
Bayi bertanya lagi :"Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?"
Tuhan menjawab :"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu."
Bayi bertanya lagi :"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?"
Tuhan menjawab :"Malaikatmu lah yang akan melindungimu , walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya."
Bayi bertanya lagi :"Tapi saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi."
Tuhan menjawab :"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu."

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan :"Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?"
Tuhan menjawab :"Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai "IBU". Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih-sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibumu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya hartamu yang tiada galang-gantinya, dunia mahupun akhirat."

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan kerenah anak-anakmu yang sedang membesar. Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

~ Wajahmu dengan linangan airmata keinsafan
~ Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
~ Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
~ Dosa-dosamu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu

My Blog List

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

take a break