Tiada kata lain
"semoga arwah ibuku tenang di alam sana semoga beliau di tempatkan
bersama golongan orang-orang yg beriman....
AMIN"
Hari Khamis lepas 05 Januari 2012
bersamaan 11 Safar 1433 Hijrah,
genap 3 tahun ibuku kembali ke Rahmatullah.
Terus terang dan jujur aku katakan hati ini masih lagi terasa seperti baru lagi...
Terasa seperti masih ada lagi..
patutlah dua-tiga hari ni mood aku selalu berubah-ubah!
Moody!!
Rindu
Rindu belaian seorang ibu
yang pernah melahirkan aku ke dunia ini.
Tanpa dia siapa aku??
Tiada siapa tahu
melainkan DIA
Hanya Tuhan saja yang tau
betapa rindunya aku
Bisikan doaku
dalam butiran tasbih yang mampuku
zikirkan dan
sedekahkan
untukku ubati dikala aku kerinduan
Ya Allah Kuatkan lah semangatku
untuk menempuh dugaan dan ujian dariMU dengan tenang dan sabar.
Aku tau
aku perlu redha
terima suratan takdir
yang
pergi pasti takkan kembali
yang
hidup pasti akan mati!
tabahkan hati dan banyakan sedekah kan surah yasin utk arwah ibu :)
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamthanks Noraim..sy sentiasa akan tabah mengharungi ujian yg mendatang...
BalasPadam