Nuzul Al-Quran
17 Ramadhan 1432H bersamaan
17 Ogos 2011~ Rabu ~ 07:06pm
Lahirlah Putera sulung kami "Muhammad Rayyan Zikri Bin Mohd Azahar"
Bersempena dengan kelahiran putera sulung kami ini inginku kongsikan peristiwa "Nuzul Al-Quran" dimana turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa nuzul Al-Quran berlaku pada hari Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi S.A.W. maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran. Ayat Al-Quran yang mula2 diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.