take a break

PELUKAN...ANTARA SENTUHAN DAN TAHAP KESIHATAN....NAK TAU LEBIH LANJUT SILA BACA(",)


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi

akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan

antara sentuhan dan tahap kesihatan. `Seseorang itu boleh panjang umur

jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak

di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam

anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat

mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk

awet muda dan berketerampilan menarik. `Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.  
 HAA...TUNGGU APA LAGI...PELUK JANGAN TAK PELUK 

Bertemu Adalah KESEMPATAN & mencintai adalah PILIHAN


Ketika bertemu seseorang yang membuat kita tertarik, Itu bukan pilihan, 
itu KESEMPATAN..
Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, bahkan dengan segala kekurangannya..
Itu bukan kesempatan, 
itu adalah PILIHAN..
Ketika kita memilih bersama seseorang walau apapun yang terjadi, justeru di saat kita menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasangan kita, dan tetap memilih untuk mencintainya..
Itu bukan kesempatan, 
itu adalah PILIHAN...
Perasaan cinta, simpati, tertarik, datang sebagai KESEMPATAN dalam hidup kita..
Tetapi cinta yang dewasa, mencintai dengan komitmen di hadapan Tuhan dan manusia adalah PILIHAN...
Mungkin KESEMPATAN mempertemukan pasangan jiwa kita dengan kita..
Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita, adalah PILIHAN yang harus kita pertanggung jawabkan di hadapan Tuhan dan manusia.
Kita berada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang Sempurna untuk dicintai.. Tetapi untuk BELAJAR mencintai orang yang Belum Sempurna.. Dengan cara yang Sempurna...
Mari BELAJAR mencintai dan menyayangi pasangan kita yang Belum SEMPURNA dengan cara yang SEMPURNA..
Kerana pasangan kita adalah belahan jiwa kita.. Agar jiwa kita pun menjadi SEMPURNA di hadapan Tuhan...
Takdir yang mempertemukan. Rancangan yang indah telah disiapkan oleh-Nya ..

Terimakasih Ya Allah kerana telah menyempurnakannya...
AMIN.

APA ITU TEMBUNI @ URI ???

>>contoh<<

Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti jenazah. Apa yg perlu hanyalah di basuh, kemudian tanam di tempat yg selamat, maksudnya jauh daripada dimakan binatang liar.

Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.

“Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah,” katanya ketika ditemui baru baru ini.

Menyentuh perbuatan meletak bahan bahan seperti asam garam, yg disertakan sebatang jarum atau paku, menurut Dr. Anisah, semua itu hanyalah adat semata mata.

“Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,” tambah Dr. Anisah.

Di kalangan masyarakat Melayu, uri cukup dijaga. Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti jarum, paku, lebai, adakalanya batik dan sebagainya. Malah sesetengah tempat ia dipasang lilin waktu malam selama tujuh malam.

Menurut mereka lagi, jika ditanam begitu saja, macam macam perkara akan menimpa bayi. Takut dengan musibah musibah yg dikatakan itu, ramai ibu bapa yg terpaksa patuh dengan cara menanam uri.

Semua itu, menurut Dr. Anisah hanyalah adat orang Melayu yg telah diamalkan turun temurun. Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya, asalkan tidak memesongkan keyakinan.

Bagaimanapun menurut beliau, jika petua orang tua itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan maka ia tidak boleh diamalkan.

“Masalah akan timbul jika kita benar benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak drpd menangis malam, sawan dan sebagainya. Kedaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk halus jelas ini salah. Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH,” katanya lagi.

Tapi bagaimana pula jika uri berkenaan dibuang saja? Apakah hukumnya?

“Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.

“Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula,” katanya lagi.

Malah menurut Dr.Anisah, perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau macamana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya.

Nabi pernah berkata, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanya lah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani.

Malah menurutnya lagi, tidak ada doa doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yg soleh atau solehah.

“Cukup sekara baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad. Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam,” kata Dr. Anisah

My Blog List

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

take a break