take a break

Perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya....

Adalah dikisahkan...pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata
Bayi itu bertanya kepada Tuhan :"Para malaikat disini mengatakan bahawa besok, Engkau akan mengirimkan aku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? saya begitu kecil dan lemah."
Tuhan menjawab :"Aku telah memilih satu malaikat untukmu, Dia akan menjaga dan mengasihimu sepenuh hatinya."
Bayi bertanya lagi :"Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
Tuhan menjawab :"Malaikatmu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia disana."
Bayi bertanya lagi :"Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang2 bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?"
Tuhan menjawab :"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata."
Bayi bertanya lagi :"Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?"
Tuhan menjawab :"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu."
Bayi bertanya lagi :"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?"
Tuhan menjawab :"Malaikatmu lah yang akan melindungimu , walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya."
Bayi bertanya lagi :"Tapi saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi."
Tuhan menjawab :"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu."

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan :"Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?"
Tuhan menjawab :"Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai "IBU". Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih-sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibumu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya hartamu yang tiada galang-gantinya, dunia mahupun akhirat."

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan kerenah anak-anakmu yang sedang membesar. Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

~ Wajahmu dengan linangan airmata keinsafan
~ Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
~ Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
~ Dosa-dosamu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu

My Blog List

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

take a break