Actually, orang yang jenis macam ni memang tak reti bahasa kot!! tak tahu nak menilai mana baik dan yang mana buruk. Yang dia tahu hanya nak dia je yang menang dalam semua hal. Mungkin dia fikir yang dia memang bagus dan terbaekk!! TerBAEKlah sangatkan!!Kalau dia tu big boss ke, CEO ke, COO ke apa tak heranla kan.
Persoalannya disini salah siapa? Mengapa situasi ini terjadi? Adakah salah komunikasi atau omputeh cakap "miss communication"??. Komunikasi yang tidak bagus bermaksud orang itu tidak bergaul dengan orang lain. Sejauh manakah orang itu tidak bergaul dengan orang lain? Patutkah orang lain melabelkan seseorang itu sesuka hati dia?? Tak patutkan?? Semua orang harus diberi peluang. Semua orang ada hak tersendiri. berhak bersuara untuk menegakkan keadilan.
Dalam hal ini, kita tidak perlu menyalahkan orang lain melainkan orang itu benar-benar salah. Tidak perlu memandang hina atau memandang rendah terhadap orang lain apabila kita berada di atas. Cuba fikirkan apa perasaan anda kalau anda berada situasi yang sama? Sudah tentu anda merasakan yang anda tidak berguna lagi, sedih, terluka, kecil hati dan sebagainya. Fikir2kan.
Tetapi kita sebagai manusia, seorang islam seharusnya mesti selalu muhasabah diri kita sendiri. Mengapa semua ini terjadi dalam kehidupan. Selalu menginsafi kekurangan diri. Ini kerana setiap apa yang kita lalui merupakan ujian daripadaNYA.
"Renung-renungkan Dan Selamat Beramal"