take a break

TRILOGIK KISAH AKU DAN SEORANG SAHABAT...

Semalam, saya menerima 1 lagi kisah benar yang betul-betul membuatkan air mata saya menitis...
Saya menangis mungkin sebab membayangkan penulis adalah diri saya. Saya baca kisah dia sambil mengenangkan ibu saya yang disahkan menghidap kanser sebelum ini...Namun Tuhan lebih menyayangi ma..Kini ma terlebih dahulu telah kembali ke Rahmatullah.Hanya iringan doa dan Al-Fatihah mengiringi arwah ma di alam sana...Amin.
Mengenangkan kembali peristiwa yang tidak dapat saya lupakan sepanjang hidup saya...memang betul-betul membuatkan hati begitu tersentuh dan pilu.....

Ini kisah saya sama seperti seorang sahabat yang turut mengalami nasib yang sama seperti saya..
Bacalah kisah di bawah ini dengan penuh penghayatan…
Kalau nak kira, ma aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan ma aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami. Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu. Prnah kami kena ‘pelangkung’ dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. Sejak hari tu aku dah ‘kurang’ sikit dengan abah. Apa-apa masalah aku mengadu dengan ma. Ma laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah, mintak duit belanja. Kena buli dengan kawan, semuanya mengadu dengan ma. Dengan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.

Abah pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah dia pergi ke kebun, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat terkadang tidur di pangkin bawah pokok tepi rumah. Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena. Masa tu terkadang aku rasa mengapa la aku ada abah, kalau ada ma je kan bagus. Tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu orang susah. Abah hanya pekerja kebun, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, ma buat nasik lemak, nasik berlauk dan kuih-muih, letak kat kedai2.

Seawal jam 5 pagi ma dah bangun bungkus nasi. Pagi-pagi lepas matahari terbit, abah singgah letak nasik lemak kuih-muih kat kedai makan. Masa tu nasik lemak sebungkus ma jual 80 sen, kuih 40 sen. Kadang-kadang tu aku kesian tgk ma dan abah berhempas-pulas carik rezeki untuk kami.Aku dapat duk dengan ma sampai tadika je, pastu aku tinggal ngan atuk aku sebab masa tu sgt susah.Masuk darjah 1 smp darjah 5 aku dijaga oleh atuk.Sekolah,makan pakai semua sume atuk yg uruskan.Aku dijaga oleh atuk belah abah.Kakakku pulak dijaga oleh atuk belah mak.Kami adik beradik berpecah.Sume same dari abg aku yg sulung smpai ke aku yg bongsu kami sume sejak kecil xpenah duk bersama mcm adik beradik org lain.Tapi aku waktu tu masih kecik dan aku yg paling kecik.masih xmemahami keadaan.Dan nasib baik gak aku ni jenis yg senang kena tinggal.Bukan jenis yg manja walaupon bongsu.

Saat yang aku tak dapat lupakan ialah masakan ma aku.Sehingga kini aku masih lagi terasa kehilangan seorang insan istimewa dalam hidupku.Belum sempat aku membalas segala jasa dan pengorbanan ma sepenuhnya lagi.Aku tahu sebagai manusia inilah yang dikatakan fitrah hidup.Aku harus redha menerima keadaan dan perlu teruskan kehidupan.Tetapi kdg aku rasa cemburu dgn org lain bila mana melihat mesra sekali dengan mak2 dan family mereka yg lain.

Berbalik kepada cerita aku,selepas habis SPM aku wat keje part time sebagai waitress kt restoran.Rasanya tak perlu aku nyatakan kat sini.Aku bekerja kerana nk bantu ma aku. Waktu tu kami memang susah.Berbagai2 dugaan kami tempuh.Namun dengan berkat kesabaran dapat jugak aku bantu ma abah.Dapat beli baju baru sehelai dua pun jadilah.Gaji pertama yang aku dapat,aku bagi kt ma.Walaupon xbanyak tp ma lah org yg paling gembira sebab dapat merasa keringat anaknya.

Aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran sambung belajar kat UPM, jurusan Multimedia untuk panggilan pertama. Masa tu, aku baru balik kerja, siap mandi, pastu makan. Ma masak sedap tengah hari tu. Tengah makan, ma cakap “haa…. makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni lagi”. Aik…aku tanya mengapa pulak. Ma kata ada surat kat depan. Dan-dan tu aku pergi ambik baca. Melompat aku masa tu. Aku tunjuk kat ma. Dia kata dia dah baca tadi. Berair mata ma masa tu, kata dia… “lepas dah anak ma.”

Nak dipendekkan cerita, pada tahun 2005 kalau tak silap, ma jatuh sakit. Tapi tak de la teruk sangat, cuma setakat pergi klinik jer. Lepas sebulan lebih, sakit ma tak sembuh-sembuh. Abg aku yang no-4  bawak ma pergi ke Hospital pakar kat hospital Kuala Lumpur.Kami bersyukur,Nasib baik abg aku keje kat situ, setidak2nya boleh menampung kos rawatan ma kat hospital tu.Lepas tu diorang ambik sample darah ma. Lepas seminggu, diorang panggil pergi hospital semula, dah dapat keputusan. Org yg pertama tahu pasal keputusan tu ialah abg aku.Sebab die yg bawak ma dan die jugak yg ambil keputusan tu.

Ya Allah, ujian telah menimpa kami semua. Ma disahkan kena barah payu dara. Doktor kata, untuk selamat, ma kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan. Bermula dari hari tu, kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. Merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak ma di operate.Ma pon memang tak nak operate.

Ma setiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risaukan kami. Aku tau walaupun ma tak tunjuk depan kami tapi dalam hati tuhan saje yang tahu betapa sakitnya ma menanggung kesakitan itu.

Sampai masa, ma terpaksa operate jugak. Doktor kata kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. Masa tu aku dah habis belajar,cuma tunggu untuk konvo je.Tak lama lepas habis belajar,aku  dapat tawaran keje.Aku terima sebab sikit sebanyak boleh menampung kehidupan kami.Masa doktor cakap ma nak kena operate.kami bicang pakat adik-beradik suruh mak wat operate.Namun ma berkeras taknak dioperate.Namun hanya buat kimoterapi.Selepas tu ma dimasukkan ke wad.Lame jugak mak masuk wad sampai sebulan pun ada. Wat kimoterapi pon ma tak tahan.Doktor cakap antibodi ma dah tak kuat.


Lepas 2 minggu ma kat hospital. Dia dah beransur baik. Abah bawak balik. Ma sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. Ma boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa. Tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu, ma sesak nafas tiba2. Abah dan abang bawak pergi hospital . Bermula hari tu…keadaan ma makin hari , makin teruk. Seminggu ma ditahan di hospital.
Berbagai ikhtiar kami lakukan.Bawak ma pegi jumpa bomoh kampung kat Kuala Selangor.Alhamdulillah selepas berubat cara kampung ma beransur pulih.Namun tak sepenuhnya pulih.Kemudian tak lama selepas itu ma rasa sakit lagi.
Ya Allah tak dapat nk kubayangkan waktu itu bagaimana perasaan ma pada waktu tu.Memang betul2 sedih bila tengok ma menanggung sakit.Kami bawak ma ke hospital lagi.

Kemudian,keadaan ma dah elok sikit, tapi ma dah tak boleh berjalan masa tu. Kena guna kerusi roda. 2 hari je ma sempat duduk kat rumah, pastu abah terpaksa bawak ma pergi hospital semula, sebab keadaan ma dah terlalu lemah, mata tak boleh bukak, dah tak boleh bercakap, ma tak makan sejak balik ke rumah. Masuk jer makanan, ma akan terus muntah.

Doktor kata, penyakit ma dah teruk. Kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. Sebab tu ma tak boleh makan. Selama di hospital, ma hidup dengan air dan ubat saja. Sayunya hati aku tengok muka ma dah cengkung, nafas tercungap-cungap. Tapi masa tu ma masih boleh bercakap. Satu yang aku amat kagum dengan ma, walaupun dia menderita sakit, tak pernah dia sebut yang dia sakit. Kami berbual macam biasa. Macam takde apa-apa, boleh buat lawak dan gelak-gelak lagi. Walhal aku tahu yang dia menanggung sakit yang teramat sangat. Doktor ada terangkan pada kami adik beradik, macam mana nak jaga orang sakit kanser. Doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. Penglihatan akan kabur. Di sebabkan paru-paru ma dah rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit. Seksanya aku tengok ma. Tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. Cuma kdg2, dia akan menangis. Aku pun sama akan ikut menangis bila tengok ma menangis.Tapi aku tak tunjuk depan ma. Semakin hari, keadaan ma semakin teruk. Aku ambik keputusan untuk berhenti kerja. Sebab mak dah memang kena duk kat hospital.Nak kena jaga dengan rapi.

Hati ma dah mula membengkak. Mata ma dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. Dan masa tu juga, nasib baik pemikiran ma normal. Dia kenal orang yg pergi melawat dia, anak-anak dia. Ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. Ma kata ada benda atas kepala aku, jadi dia nak sapu buang. Masa tu jugak merambu keluar air mata aku. Walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia. Dah hampir 3 bulan ma di hospital Kuala Lumpur, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. Semua nurse dan doktor kami kenal.Keluar masuk ke wad tu pon dah tak jadi masalah.Kalau tak wad yang ma duduk tu dikawal ketat.

Selama tu jugalah kami adik beradik jaga ma, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalanya. Walaupun kami duk selepas waktu melawat pon, jururawat kat situ dah tak kesah. Pada mulanya mereka memang tak bagi.Tapi kami jumpa doktor dan ketua nurse, , mintak kebenaran.Tambahan abg pon keje kat situ ,kirenya sume dah kenal. Lagipun ma perlukan orang tunggu 24 jam, sebab bila ma kejang kena ada orang urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa ma sementara hayatnya masih ada.

Akhirnya, kami bawak ma balik ke rumah. Sebab ma kata dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia dan suami dia. Kami mintak dengan doktor, dan doktor benarkan. Doktor kata, memang ma dah takde harapan. Bila ma sampai rumah, suatu keajaban berlaku. Ma mintak makan, minum.. Cuma mata dia jer masih kelabu. Dia makan, kami bagi semua makanan yang dia suka. Apa yang dia sebut, kami cari. Ma sembang dengan semua orang, mintak maaf dengan semua.

Lebih kurang seminggu ma kat rumah. Ma nazak. Hari tu malam ahad. Nafas ma tersekat-sekat. Masa tu ma dah tak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. Kita kena letak telinga kat mulut dia baru boleh dengar. Tengah hari tu, kami dah tak sampai hati lagi tengok ma dalam keadaan tu. Seksa sangat.

Kami sekeluarga berbincang. Tanya pendapat orang tua, dan melihat kepada tanda-tandanya, hari ni mungkin sampailah masa tamatnya penderitaan ma setelah sekian lama. Kami dah tak sanggup tengok ma terseksa lebih lama. Kami adik-beradik,abah dan makcik aku yg setia menjaga ma kalau kami adik beradik keje.Kami semua  pergi pada ma. Kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum.Halalkan segalanya. Pada waktu tu pagi isnin.Hari mula2 bukak sekolah tahun 2009.

“Ma… adik mintak ampun, mintak maaf segala dosa adik pada ma, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Adik mintak halal makan minum adik selama ni. Banyak lagi aku nak sebut pada ma, tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. Kami kucup dahi ma, kami cium kaki ma. Air mata ma mengalir. Sayunya aku tengok. Air mata mak mengalir setiap kali bila tengok kami semua bersedih.Kami dah tak dapat jumpa ma. Tak dapat merasa kasih sayang ma lagi. Ma bisikkan sesuatu pada abah. Air mata abah mengalir. Bergenang dikelopak mata walaupun tak menitis.Nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. Abah kucup dahi ma. Kemudian, dengan amat terpaksa kami terlentangkan ma. Aku terpaksa, kami terpaksa. Kami sayangkan ma. Tak nak ma terseksa lagi. Tak lama, ma sesak nafas, abah ajar ma mengucap. Allahhuakbar, aku saksikan sendiri, betapa seksanya menuju kematian…betapa teruknya sakaratul maut. Inilah yang dinamakan ‘Sakaratulmaut’. Amat dahsyat dan menyakitkan… Tengok saja pun dah tak tahan. Apatah lagi yang merasainya.

Akhirnya….“Innalillahiwainna ilaihiroo-jiun….. ”
Ibu kami yang tercinta pergi buat selama-lamanya………
Sekalung Maaf, setakat ini sahaja yang sanggup saya karang kisah ini…..
 linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktah pengakhirannya.
Semoga arwah ibu dicucuri rahmat dan tenang di alam sana...AMIN YARABBALALAMIN.

"INGAT!!! IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI. JIKA DAH TIADA, MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU. KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG, AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU ANDA, MINTAK AMPUN PADANYA. GEMBIRAKAN DIA SELAGI DIA MASIH ADA."

~Sekian, semoga kita semua benar-benar menghargai ibu kita. Hiburkan hati ibu, gembirakan mereka selagi mereka masih hidup. Berusahalah untuk menjadi anak yang soleh atau solehah yang dapat membuatkan mereka berbangga memiliki anak seperti kita..~

P/S : Ini adalah kisah hidup aku dan kami sekeluarga serta seorang sahabat yang sama nasib denganku yang tak
          akan aku lupakan sepanjang hidupku di muka bumi ini...
          Semoga kalian semua mendapat manfaat dari apa yang telah saya kongsikan bersama.
          "Hargailah ibu anda selagi masih ada..."


2 ulasan:

  1. As'salam...

    ziey amy baru baca entry nie , serius x sedar air mata jatuh berjurai2.. sedih sangat sabar ye ziey , amy harap ziey tabah mengharungi liku2 hidup nie walaupun amat berat tapi ziey kena harungi juga...amy sangat simpati dan sedih bile baca kisah hidup ziey...semoga allah menempatkan arwah ma ziey di kalangan org2 yang beriman , al fatihah...amin

    BalasPadam
  2. Amy,mekaseh sesangat..sebenarnya dah lame zie nk share kisah hidup zie..bukan utk ape,sekadar ingin berkongsi kesedihan..Thanks sgt,amy memahami ziey.Smpai skg zie terasa yg arwah ma masih ade..Walau apepon zie sentiasa tabah harungi hidup nie..

    BalasPadam

<orang suka komen>

My Blog List

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

take a break