take a break

Hibiscus I like!!! : Bunga Kebangsaan

~Bangga xbangga bunga raya dah diiktiraf
JUBLI EMAS~
~Bunga.Raya.Bunga.Kebangsaan.
seluruh.rakyat.Malaysia~


Hari ni saya berbesar hati dan berbangga menjadi rakyat malaysia.Sebab ape..sebab Malaysia sangat kaya dengan hasil2 sejarah.Hari ni saya nk post entry berkait dengan gambar diatas tue.Seperti yang diwar2kan, seharusnya kite perlu mengenengahkan identiti bangsa dan budaya kite.Kalau bukan kite rakyat malaysia sendiri siapa lagi.Betul tak??Hari nie saya nk share ngan readers sume pasal Bunga Raya.Pasti umum dah taukan??Tapi ape yang pasti tak salah rasanya kalau saya sharekan kt entry kali ni. Oklah let we talk about HIBISCUS or BUNGA RAYA now....

Bunga Raya merupakan lambang kegemilangan Malaysia sebagai bunga kebangsaan
Bunga Raya dalam bahasa inggerisnya dikenali dengan nama hibiscus. Ia dipilih sebagai bunga kebangsaan oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman, pada 28 July 1960.

Simboliknya, warna merah pada Bunga Raya melambangkan semangat perpaduan, dan setiap satu dari lima kelopak melambangkan lima prinsip
Rukunegara Malaysia iaitu

•Kepercayaan kepada Tuhan (Belief in God)
•Kesetiaan kepada Raja dan Negara (Loyalty to King and Country)
•Keluhuran Perlembagaan (Supremacy of the Constitution)
•Kedaulatan Undang-undang (Rule of Law)
•Kesopanan dan Kesusilaan (Mutual Respect and Morality)

Pada tahun ini iaitu 2010, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan rasminya telah melancarkan sambutan ke-50 tahun ulangtahun Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan.Turut hadir sempena dengan sambutan ulangtahun tersebut ialah Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.Dalam ucapan pertamanya Datuk Seri Utama Dr Rais berkata sempena 50 tahun sebagai Bunga Kebangsaan beliau mencadangkan untuk mendidik generasi muda agar lebih mengenali Bunga Raya sebagai lambang kemegahan negara.
Beliau juga berharap dapat memberi kesedaran kepada sesetengah kelompok untuk bersama2 menghargai kedudukan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan.



Kat bawah nie saya sertakan video dari sumber FNM untuk tatapan kite bersama. Harap kite same2 menghayati dan mengamalkan prinsip rukunegara untuk panduan
 kite bersama.(",)



2 ulasan:

<orang suka komen>

My Blog List

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

take a break