take a break

Subhanallah..amat kejam!!kenapa bayi malang ini yg menjadi mangsa...





"Kenapa dek kerana nafsu serakah, bayi malang ini yg menjadi mangsa keadaan??? Sungguh kejam!!! langsung tiada perikemanusiaan... Dimana letaknya naluri keibuan si ibu hingga sanggup mengelar anaknya sendiri dek kerana nak menepis rasa malu??? Wahai manusia2 diluar sana fikir dulu sebelum buat...jangan buat dulu baru nak fikir...!!!!"




KELAR BAYI DLM ASRAMA -Metro-

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.








My Blog List

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

take a break