take a break

Permata Hati Ayah & Ibu

~1st day @ Labour Room : Alala cutenye
anak ibu & ayah ni...~
~Baru kuar dah pandai cenyum
 ye cayang..~
~2nd day Rayyan dah pandai isap jari dah~
~3rd day dh nampak chubbyla
cyg ibu n ayah nih~

Peristiwa "Nuzul Al-Quran" lahirlah Putera Sulung kami

Nuzul Al-Quran
17 Ramadhan 1432H bersamaan
17 Ogos 2011~ Rabu ~ 07:06pm 
Lahirlah Putera sulung kami "Muhammad Rayyan Zikri Bin Mohd Azahar"
Bersempena dengan kelahiran putera sulung kami ini inginku kongsikan peristiwa "Nuzul Al-Quran" dimana turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad  s.a.w hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa nuzul Al-Quran berlaku pada hari Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi S.A.W. maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran. Ayat Al-Quran yang mula2 diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

My Blog List

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

take a break