take a break

Mood nak balik!!

Time is out miss my lovely son & my hubby...

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan Anda

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum...

Pagi yang indah hari ni, buka FB terbaca satu artikel ni agak menarik. Tergerak hati nk post entry untuk hari ni..  Dua tiga hari ni rajin lak mengupdate entry. kalau tak sampai berhabuk dah bersarang baru nak update!huhu... Okla berbalik kepada title hari ni "Ujian Mengesan Jin Dalam Badan Anda". Pernah tak korang rasa diri korang ni lemah, lemau, malas, mimpi seram yang menakutkan, gelisah, xlena nak tido dan sebagainya. Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu jin!

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal dalam badan kita?? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini?? Mari sama-sama kita mencuba...

Langkah 1
PLAY RUQYAH SYARIAH dibawah ini dan dengar sehingga tamat selama (20 min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.


Langkah 2
Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dalam hati.


Langkah 3
Perhatikan setelah selesai, jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN!!



Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Dibawah  ini adalah sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka??


ANTARA SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN :-

  • Sakit kepala selepas waktu asar ke atas
  • Badan terasa berat dan malas
  • Sukar mendapat jodoh
  • Badan terasa bisa-bisa
  • Sakit ketika ziarah orang meninggal
  • Sukar tidur malam
  • Sakit pinggang tanpa sebab
  • Sakit dada bila waktu asar ke atas
  • Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya
  • Bermimpi bayi atau menyusukan bayi
  • Bermimpi di tempat tinggi
  • Bermimpi di tempat yang kotor
  • Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar
  • Ada terasa benda bergerak dibawah kulit
  • Bayi kerap menangis
  • Bunyi guli jatuh diatas syiling
  • Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil
  • Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
  • Malas beribadat
  • Nyanyuk ketika usia lanjut
  • Panas baran
  • Sikap berubah secara mendadak
  • Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran
  • Suka melakukan tabiat buruk
  • Kerap sendawa bila mendengar al-quran
  • Kerap keguguran
  • Gagal melakukan hubungan kelamin
  • Mengantuk bila dengar al-quran
  • Bermimpi seram yang menakutkan
  • Darah haid turun lebih 15 hari
  • Batuk yang berpanjangan
  • Selalu ditindih ketika tidur
  • Kuat berangan
  • Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan
  • Nafsu seksual yang melampau
  • Selalu melihat kelibat dirumah
  • Terasa diri selalu diperhatikan
  • Mandul
  • Kerap mendengar sesuatu bisikan
  • Melihat jin secara terus
  • Sakit mental atau gila
Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi dan petang selama sebulan, Insya-Allah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.


>>Kredit: http://zakizakirin.wordpress.com<<

My Blog List

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

take a break