take a break

Bukan Malas tapi....

Selamat petang all blogers..

Bila bersendirian kat rumah macam2 boleh buat. Bila suami dah pergi keje anak pulak dah tido, apelagi meneruskan operasi mengemas rumah dan yang pasti tak payah masak dah. Makan megi pun jadilah.. Bukan kata malas masak, tp kalau masak xde yg nak makan baik makan ala kadar jela...

Tapi....

Bila si tembam dah bangun mulalah dia nak mengacau mummynya nak wt keje.. if bukak lappy dia nk tekan2.. bila masuk dapur ..dia bukak fridge..macam2 lgi lah... anak oh anak...apepun ibu ttp syg ank ibu yg bambam n kiut miut nih..beselakan budak nk mmbesar...krg disekat2 mindset dia lain plak..dia tgh nk blajar..layan jelaa...Begitulah rutin harian bila duk umah... apepun aku tetap seronok melayan kerenah anakku...

p/s sebenarnya bila dah boring tahap gaban ni la kejenya.. for my hubby krg u balik i masak sdp2 ye sayang...huhu...macam tulis surat zaman cintan cintun le plak...:)...adioss!!






Salam Maulidur Rasul, Tanda Kasih Sayang Kita Terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam)

Salam Maulidur Rasul ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Umum bagi umat islam mengetahui Maulidur Rasul yang jatuh pada 12 Rabiul Awal iaitu pada Tahun Gajah merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wa ta’ala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam) dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam), kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Semoga kita semua mendapat syafaat dari-Nya

My Blog List

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

take a break