take a break

Kolik pada bayi & cara mengatasinya


Adakah BAYI anda kerap hidapi kolik??

IBU bapa yang baru menimang cahaya mata dan tidak berpengalaman biasanya akan berasa cemas apabila bayi mereka kerap menangis dengan jangka masa lama.

Ia merupakan sebahagian tanda-tanda bayi mengidap kolik yang kerap dialami bayi berumur kurang daripada 3 bulan menghidap kolik.

Kolik merupakan diagnosis untuk bayi yang menghidap sakit perut. Bagaimanapun, sakit perut yang dihidapi bayi-bayi ini berlainan kerana selain menangis dan menjerit, tiada tanda-tanda lain seperti demam, najis berdarah, muntah, air kencing kotor atau cirit-birit.

Bayi tidak boleh ditenangkan dan akan menangis di antara 1-5 jam dengan kakinya ditarik ke dada dan mukanya menjadi merah. Ibu bapa selalu berasa cemas kerana tiada cara untuk mengurangkan jeritan dan tangisan bayi mereka.

Berikut beberapa panduan kepada ibu bapa bagi membantu bayi mereka yang mengidap kolik.

Tanda-tanda kolik:

- Bayi berumur kurang daripada 3 bulan.

- Menangis dan menjerit.

- Kaki ditarik ke dada semasa menangis. Tangisan yang berlaku pada masa lebih kurang sama tiap-tiap hari.

Tindakan ibu bapa:

- Pastikan dengan doktor bahawa anak anda menghidap kolik dan bukan penyakit lain yang membahayakan anak.

- Kurangkan jumlah susu yang diberi dan lebihkan kekerapan penyusuan.

- Sendawakan anak apabila ia menangis berpanjangan untuk mengeluarkan angin dari dalam perutnya.

- Pastikan suhu bilik tidur tidak terlampau panas atau sejuk.

- Pastikan lampin bayi kering.

- Tenangkan bayi dengan mendukung dan mendakapnya.

Ibu bapa disaran merujuk kepada doktor untuk memastikan diagnosis kolik. Ia juga boleh dikesan melalui tangisan bayi yang berlainan daripada biasa.

Selain itu, bayi yang mengidap kolik kerap tidak mahu menyusu atau kelihatan tidak bermaya.

Sesetengah ibu bapa suka menggunakan gripe water untuk mententeramkan bayi mereka. Ubat-ubatan seperti Dentinox, Dewind atau Infacol boleh mengurangkan kekerapan kolik.

Bincanglah ubat-ubat ini dengan doktor anda.

Rawatan kolik yang melibatkan penukaran susu anak jarang sekali berkesan.

p/s : Dah 2 mlm my baby meragam xmo tido...dun know why....then the best solution is dh beli Gripe Water nk try bagi die minum sikit..Hope malam ni die xmeragam!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

<orang suka komen>

My Blog List

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

take a break