take a break

Kenapa ramai pakai DP di Facebook berwarna coklat dan mata tertutup??Nak tau sila baca disini

Mesti yang belum tahu tu mesti tertanya-tanya kenapa ramai orang buat Default Picture (DP) di Facebook gambar berwarna coklat dengan mata tertutup bukan? Ok, sebenarnya itu menunjukkan gambar seseorang tahanan atau banduan rakyat Palestin. Baju berwarna coklat itu merupakan pakaian yang dikuatkuasakan ke atas rakyat Palestin yang ditahan. Logo kecil di sebelah kanan baju itu pulak bermaksud “Shabas” dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel..



Tujuan sebenar penggunaan DP gambar ini adalah untuk memberi kesedaran tentang mereka yang berada dalam tahanan yang sedang mengadakan Mogok Lapar yang terbesar dalam sejarah dunia.



Gambar-gambar yang boleh digunakan tanda sokongan anda!Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas!

Adakah dengan menukar DP di Facebook dapat membantu mereka? Tidak sebenarnya, tetapi kita boleh bersama-sama meningkatkan kesedaran kepada orang ramai untuk mereka mengetahui apa yang sedang berlaku di Palestin dan pastinya kita boleh berdoa untuk mereka di sana. Doa adalah senjata bagi orang mukmin.

Selain itu, Hari ni, 15 Mei, Hari Nakbah. Sudah 64 tahun Palestin dirampas. Ia diperingati oleh rakyat Palestin, orang Arab dan pejuang Islam seluruhnya, sejak 1948, sebagai memperingati hari rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya: Day of The Catastrophe, menggambarkan betapa dasyatnya peristiwa tersebut.

Alhamdulillah, setakat ini ramai dah menggunakan DP ini di profile facebook masing-masing.. tak terkecuali juga pada admin-admin fanpage yang sama-sama tukar Dp untuk page mereka. Kalau yang belum tukar tu boleh la berbuat demikian.



P/s: Jangan pakai je tapi tak tahu apa yang tersurat di sebalik gambar tersebut ya.. Sama-samalah kita berdoa buat saudara-saudara kita di sana, semoga usaha kita yang tak seberapa ni diterima oleh Allah Swt. InsyaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

<orang suka komen>

My Blog List

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

take a break